BERBAYAR: Golongan 'sugar baby' mengharapkan elaun bulanan serta hadiah sebagai balasan untuk 'persahabatan' yang ditawarkan termasuk seks. Gambar dilakonkan oleh model. |
Mahu memiliki ‘sugar baby?
Terima kasih kepada Internet kerana salah seorang daripada mereka boleh menjadi milik anda dengan bayaran serendah RM400.
Menerusi laman web tertentu serta iklan dalam talian, golongan lelaki kaya atau sugar daddy didapati
sanggup membayar sejumlah wang kepada gadis muda untuk menemani mereka
termasuk melakukan hubungan seks, yang kini menjadi perkara biasa.
Menyamar sebagai sugar daddy dan sugar mummy, wartawan The Star
bertanyakan beberapa soalan secara terus dalam talian kepada beberapa
gadis termasuk penuntut universiti yang menawarkan perkhidmatan itu.
Turut ditemui seorang gadis sugar baby yang menawarkan perkhidmatan serendah RM400 sebagai bayaran bulanan bagi aktiviti seks.
Malah ada di kalangan gadis-gadis itu menawarkan harga lebih tinggi.
Sebagai contoh seorang remaja perempuan yang masih belajar di
tingkatan enam dari Ipoh yang dikenali sebagai Puteri, mengiklankan
perkhidmatannya secara dalam talian dengan harga RM1,000 sebulan
termasuk perkhidmatan seks.
Sementara itu seorang gadis berusia 23 dari sini yang sudah memberi
perkhidmatan kepada beberapa orang berstatus ‘datuk’ mengenakan bayaran
RM500 bagi sekali janji temu untuk makan malam.
“Ia perlu untuk gaya hidup saya. Saya perlukan pakaian dan makanan mewah.
“Sugar daddy kawan saya mampu memberikannya semua itu, jadi saya juga mahukannya,” kata Puteri.
Terdapat beberapa laman web khusus yang akan memadankan antara sugar daddy dan sugar mummy dengan sugar baby.
Data dari salah satu laman web menunjukkan hampir 50 peratus daripada sugar baby adalah pelajar kolej – meningkat 20 peratus daripada tahun 2006.
Sumber: The Star