Sebenarnya, pertama kali kami menerima gambar ini menerusi aplikasi Whatsapp, pecah berderai ketawa di pejabat kami ekoran tidak dapat menahan lucunya.
Namun setelah dua hari, kami tetap ketawa setiap kali memandang gambar berkenaan.
Mungkin benar bahawa setiap jodoh pasangan itu mempunyai iras yang serupa sebagaimana yang diperkata orang tua-tua kita, kan?
Namun tidak dinafikan juga bahawa ada pasangan yang bertemu jodoh dengan isteri atau suami yang tidak sama iras, malah langsung tidak serupa wajah bagai langit dengan bumi.
Tapi berdasarkan lawak Megat Halim ini, kami dapati memang logik dek akal jika kaum adam seolah lemah semangat untuk berkahwin.
Maklumlah, tidak semua lelaki itu dilahirkan hensem macam Aaron Aziz dan mengimpikan isteri secantik Zulaikha... - Kedahnews.com