Auwwww..! |
BAGHDAD – Tentera kerajaan Iraq dilaporkan berjaya menangkap sejumlah
anggota pengganas kumpulan IS yang dipercayai cuba melarikan diri
daripada terlibat dalam kancah pertempuran sengit di wilayah utara
negara itu.
Paling kelakar, militan ‘brutal’ terbabit ditahan dalam
keadaan lucu: mereka cukur licin misai dan jambang di muka selain
berpakaian seperti perempuan dengan harapan dapat meloloskan diri
daripada pemeriksaan tentera Iraq.
Pihak keselamatan Iraq menyiarkan beberapa foto eksklusif menerusi
laman Instagram memaparkan anggota tentera negara itu membuka burqa
selain terpaksa melucutkan coli dipakai ekstremis IS itu yang menyamar
sebagai pondan.
Salah satu daripada foto tersebut mendedahkan ‘keayuan’ wajah seorang
remaja lelaki militan IS yang sanggup belot dan berpaling tadah dengan
mengenakan solekan lengkap ‘eyeshadow’ berwarna merah pada kelopak matanya.
Media tempatan pada Isnin berkata, tentera Iraq enggan membocorkan
maklumat bila dan di mana gambar-gambar tersebut dirakamkan kerana
bimbang ia boleh menjejaskan proses siasatan pihak agensi perisikan
negara berkenaan.
Anehnya pada minggu lalu, tiga lelaki yang didakwa sebagai
homoseksual telah dipenggal kepala mereka di salah sebuah wilayah
dikuasai IS, bahkan ada dicampak dari bangunan tinggi atas kesalahan
liwat walaupun suka sama suka.
IS yang mendakwa mereka berpegang teguh kepada ajaran Islam menyelar
kelompok gay sebagai golongan dilaknat Allah SWT dan dikutuk Rasulullah
SAW sebagaimana pengamal seks songsang yang popular dalam kalangan kaum
Sodom ketika zaman Nabi Luth AS.
Sumber keselamatan memberitahu agensi berita antarabangsa, golongan
perempuan yang menyertai IS dilarang keras ikut bertempur di medan
perang malah, anggota militan amat bimbang jika tewas di ‘tangan’
tentera perempuan.
Ironinya di sisi lain, IS berjaya mempengaruhi ramai belia dan
kanak-kanak lelaki dari seluruh dunia termasuk Malaysia untuk turut
bertempur di barisan hadapan, kononnya demi menegakkan sistem
pemerintaan khalifah Islam. – Agensi