GAMBAR: Siti, Datuk K Rakam Cinta Di Cappadocia...

Menyebut nama Cappadocia, Turki sudah terbayang-bayang keindahan panorama semulajadi yang cukup indah seperti yang dirakam dalam filem Manisnya Cinta Di Cappadocia di kaca televisyen sebelum ini.

Justeru itu, tidak hairanlah jika destinasi ini menjadi pilihan hati Datuk Siti Nurhaliza bersama suami tercinta Datuk K untuk merakam cinta romantis antara mereka berdua.

Kedahnews.com turut teruja dan tumpang gembira melihat gambar-gambar romantis yang sempat dikongsikan penyanyi no.1 negara itu di sana.

Menerusi laman Instagram, difahamkan pasangan ini sedang terlibat dalam penggambaran program Romantika yang sering memaparkan pasangan selebriti berkongsi rahsia kebahagiaan perkahwinan mereka sambil melancong ke destinasi tertentu.

Siti-Nurhaliza-Bermadu-Cinta-Bersama-Suami-di-Istanbul-ROTIKAYA20150323_1755 Siti-Nurhaliza-Bermadu-Cinta-Bersama-Suami-di-Istanbul-ROTIKAYA20150323_1754 Siti-Nurhaliza-Bermadu-Cinta-Bersama-Suami-di-Istanbul-ROTIKAYA20150323_1756
Siti Nurhaliza bersama kru Romantika.
Siti Nurhaliza bersama kru Romantika.
Dalam kesibukan menjalani penggambaran, kami pasti ini adalah antara peluang terbaik buat Siti dan suami meluangkan masa bersama-sama untuk berehat ala-ala berbulan madu untuk kesekian kalinya.

Apatah lagi pasangan itu masing-masing merupakan usahawan yang sibuk menguruskan kerjaya mereka setiap hari, bukan?

Alahai... rasa tak sabar-sabar pula nak menyaksikan edisi Romantika Siti dan Datuk K, kan? -Kedahnews.com