DISEBABKAN obses dengan jenama minuman ringan Coca Cola, seorang
wanita dari Ireland sanggup berbelanja berpuluh-puluh ribu dolar untuk
menghias kediamannya dengan pelbagai koleksi jenama tersebut yang
dikumpulkannya sejak berpuluh tahun lalu.
Lillian Glanmire turut melatari hiasan dalaman rumahnya dengan warna
merah dan putih yang sinonim dengan logo minuman bikarbonat terbabit.
Kebanyakan item unik yang terdapat dalam rumahnya itu diperoleh
ketika melancong ke luar negara sejak 30 tahun lalu di mana di setiap
negara yang dikunjungi, pasti Lillian tidak ketinggalan mencari
barang-barang unik dan rare berkaitan Coca Cola.
Walaupun mengetahui Coca Cola tidak baik diambil kerap untuk
kesihatan kerana kandungan gula yang tinggi namun Lillian lebih
menyukainya berbanding jenama pesaing iaitu Pepsi yang disifatkannya
lebih manis.
Coca Cola, antara jenama yang sememangnya menjadi kegemaran kolektor
seluruh dunia termasuk Malaysia namun Lilian boleh dikatakan agak obses
dengan hobinya ini.
Sumber: Mynewshub.cc