KULIM – Seorang pekerja kilang memberi alasan memiliki dadah bagi dijual untuk mencukupkan wang hantaran perkahwinannya esok.
Pemuda berusia 22 tahun ini ditahan di Jalan Tunku Mohd Asaad di sini
pada pukul 1 pagi tadi setelah memiliki 12.81 gram syabu di satu
sekatan jalan raya.
Ketua Polis Daerah Kulim, Supt Abdullah Arshad berkata suspek yang
menunggang motosikal didapati cuba mengelak sekatan itu menyebabkan
pihak polis mengejarnya dan berjaya menahannya lebih 200 meter dari
situ.
Beliau berkata dadah tersebut ditemui dalam kasut suspek yang juga seorang penagih.
Suspek kemudiannya memberitahu polis pihak pengantin prempuan meminta wang hantaran RM8,300, katanya.
Nampaknya hasrat pemuda ini untuk naik pelamin tidak kesampaian apabila dia direman sehingga Rabu ini. – BERNAMA