Harga Rokok Naik RM16 Sekotak Mulai 1 April?

Dalam banyak-banyak barang, rokok merupakan barang yang orang akan kurang "bising" jika dinaikkan harganya walaupun baru saja dinaik harga?

Sejak semalam, sekeping kertas memaparkan harga baru rokok yang didakwa berkuatkuasa 1 April ini, mula tersebar di laman-laman sosial.

Buat masa ini, belum ada sebarang pengesahan daripada pihak berkaitan mengenai harga baru rokok yang kini heboh diperkata.

Namun jika benarlah khabar itu, boleh tahan jugak kenaikannya, kan?

Antaranya kesemua rokok 20 batang jenis Dunhill, Benson & Hedges dan Kent bakal berharga RM16 manakala Pallmall pula dikatakan bakal naik harga, RM14 sekotak.

Kali terakhir harga rokok dinaikkan adalah pada November tahun lalu.

Kiranya pada sesiapa yang kuat merokok sebelum ini, ada kemungkinan akan mula mencongak sama ada mahu kenyang makan nasi atau sedut asap rokok terutama menjelang hujung bulan.

Pada mereka yang kena hisap rokok lepas makan, mungkin selepas ini akan bawa rokok sebatang saja dalam poket untuk mengelak daripada di"pau" kawan-kawan.

Cuma kami mengucapkan tahniah kepada yang berazam mahu berhenti merokok selepas ini dan berjaya melaksanakannya, manakala buat mereka yang berkeras mahu meneruskan tabiat mungkin anda ada cara lain untuk mengelak membakar duit anda, kan? Peace! -Kedahnews.com