KUALA LUMPUR – Ikano Pte Ltd yang juga pengendali rangkaian IKEA di
Singapura, Thailand dan Malaysia, dijangka membuka cawangan keduanya di
Cheras, menjelang akhir tahun ini yang juga terbesar di Malaysia setakat
ini.
Langkah itu adalah sebahagian daripada pelan pembesaran syarikat
kelengkapan rumah berpangkalan di Sweden itu, di sekitar Asia Tenggara.
Terletak di Jalan Cochrane, cawangan terbaharu itu adalah yang
terbesar di negara ini dengan saiz keseluruhannya 20 peratus lebih besar
daripada IKEA Damansara, kata IKEA Malaysia dalam satu kenyataan hari
ini.
“Usaha pembangunannya sedang berjalan dan kami turut menumpukan aspek
perkakasan dalaman serta kekuatan operasi premis berkenaan. Maklumat
lanjut akan diumumkan pada bulan-bulan mendatang,” kata Pengarah
Peruncitannya, Mike King. – BERNAMA