Imuniti Ahli Parlimen Tidak Kebal Dari Akta Hasutan

KUALA LUMPUR – Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Nurul Izzah Anwar terlupa bahawa imuniti untuk Ahli Parlimen berucap di Parlimen tidak termasuk ucapan yang berbaur hasutan.

Ahli Parlimen Ketereh, Tan Sri Annuar Musa berkata, ramai Ahli Parlimen menyangkakan mereka kebal untuk berkata apa sahaja di Dewan Rakyat sedangkan ia masih tertakluk di peraturan Parlimen.

“Ramai Ahli Parlimen yang menyangka mereka ada imuniti untuk berucap apa sahaja di Parlimen. Pada umumnya benar, tetapi jangan terlupa rujuk Perlembagaan dan Peraturan Parlimen.

“Kekebalan dan imuniti Ahli Parlimen tidak termasuk ucapan dan tindakan yang tertakluk di bawah Akta Hasutan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Annuar berkata, ucapan menghasut seperti menghina mahkamah merupakan institusi yang dilarang disentuh dalam Parlimen pastinya akan mengundang padah ke atas Nurul Izzah, yang juga merupakan anak Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Justeru, beliau menasihati Ahli Parlimen yang baru "setahun jagung" dilantik sebagai wakil rakyat di Dewan Negara itu supamempelajari segala peraturan berhubung Parlimen terlebih dahulu sebelum memberi ucapan.

Nurul Izzah yang juga Ahli Parlimen Lembah Pantai yang juga anak sulung ditahan di bawah Akta Hasutan sebentar tadi.

Menurut Pengarah Komunikasi PKR, Fahmi Fadzil, Nurul Izzah yang kini berstatus janda itu ditahan berikutan ucapan ‘Ketua Pembangkang’ yang dibuat pada Selasa lalu.

Beliau dalam ucapan tersebut itu mengkritik hakim-hakim yang mengekalkan hukuman penjara lima tahun ke atas bapanya yang kini dipenjara kerana didapati melakukan jenayah liwat oleh mahkamah. -Kedahnews.com