Inilah Kediaman "Mewah" Menteri Wanita, Datuk Seri Rohani Abdul Karim....


Sebelum ini, mungkin yang beranggapan bahawa menteri-menteri kabinet di Malaysia hidup serba mewah dengan mahligai tersergam indah, apatah lagi sekiranya pemimpin berkenaan berasal dari Sarawak.

Bumi Kenyalang yang terkenal dengan kekayaan hasil mahsul bumi seperti minyak dan balak, sudah tentu akan menimbulkan persepsi bahawa para pemimpin atau menterinya tinggal di banglo-banglo mewah dan memiliki kenderaan yang mahal-mahal belaka.

Namun, mungkin tidak yang menyangka bahawa segala tanggapan “mewah” itu tidak pernah wujud dalam hidup Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rohani Abdul Karim.

Menerusi beberapa keping gambar yang kini kian viral di laman-laman sosial, Rohani sebenarnya hanya tinggal di sebuah rumah biasa di Taman Sejoli, Kuching, yang difahamkan telah dibeli sejak 31 tahun yang lalu.

Dalam tempoh itu, Rohani yang memiliki Ijazah Sarjana (MBA) dari University Of Ohio, Athens, Amerika Syarikat, itu hanya buat ubah suai rumah sebanyak tiga kali sahaja.

Itupun hanyalah melibatkan bahagian “porch” dan dapur rumahnya. 

Tiada pondok pengawal seperti yang digambarkan dalam kotak pemikiran dan hanya tiga buah kereta lama serta sebatang tiang bendera terdapat di depan rumah rasminya itu.

Kalau ada pun kenderaan yang boleh dianggap “mewah”, kenderaan itu hanyalah “Land Cruiser Ninja” yang merupakan milik jabatan kerajaan.

Dalam rumah sederhana itulah Rohani akan tidur setiap kali beliau pulang ke Kuching, bersama keluarganya di sana.

Menariknya, pegawai khas menteri berkenaan, Syahril Abdul Kadir menjelaskan bahawa mereka para pegawainya rasa segan pula apabila diminta untuk tinggal di hotel Hilton atau Pullman ketika mengiringi beliau pulang ke Sarawak.

“Kami yang pegawai ni pulak beliau minta tinggal di Hilton atau Pullman...naik segan kami sheikhhh...” kata Syahril sebentar tadi, kagum dengan “kemewahan” budi pekerti menteri kabinet tersebut.

Dalam ertikata lain, kediaman Menteri Wanita, Keluarga dan Masyarakat itu tidaklah mewah sebagaimana persepsi yang sering dilontarkan ramai pihak sebelum ini, kan?

"Hanya jauhari yang mengenal manikam", mungkin kerana itulah rakyat di sana sangat menyanjung tinggi Rohani ekoran kehidupan beliau yang begitu sederhana namun tetap berusaha memberikan khidmat terbaik kepada rakyat.

Jadi pada rakan-rakan yang bertanya di banglo mana dan di kawasan elit mana kediaman menteri yang bernama Datuk Seri Rohani Abd. Karim, lihatlah sendiri gambar-gambar dibawah untuk jawapan sebenar... – Kedahnews.com
Inilah rumah rasmi Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rohani Abdul Karim.

Bahagian hadapan (porch), ada kenderaan biasa milik keluarganya saja, macam orang ramai lain...

Dapur...

Tiada televisyen LED skrin besar di menteri ini?

Hiasan kontemporari seperti di rumah kita...

Beliau begitu sopan bersama para pegawainya...

"Nanti awak semua tidur di hotel yer..." mungkin itu yang dipesan Rohani pada pegawainya...

Inilah “Land Cruiser Ninja”, tapi jabatan punya...

Begitulah keadaannya bila beliau bekerja...