Jika sebelum ini penyanyi Jennifer Lopez mengambil insurans punggung
bagi melindungi asetnya itu sepanjang mengadakan persembahan, penyanyi
Taylor Swift pula mengambil pendekatan berbeza dengan menginsuranskan
kakinya.
Mengejutkan, insurans sepasang kakinya sahaja mencecah RM120 juta!
Memetik laporan dari sebuah media antarabangsa, penyanyi berusia 26 tahun itu
mengambil berat terhadap aset pentingnya itu yang memberikan langkah
sempurna bagi setiap gerak tari pada persembahannya.
Sebetulnya, Taylor sendiri pun pada mulanya tidak menyangkakan nilai sepasang kakinya
berjumlah sebanyak itu kerana hanya merasakan asetnya itu hanya bernilai lebih
kurang sejuta sahaja.
Jika kakinya terluka selepas ini, berapa agaknya yang perlu dibayar pada Taylor? -Kedahnews.com