"Iron Man" Hadiah Tangan Bionik Pada Kanak-Kanak OKU


Menerusi video penuh inspirasi ini, pengasas Limbitless Solution, Albert Manero dengan bantuan pelakon superhero ‘Ironman,‘ Robert Downey Jr  telah menghadiahkan tangan bionik kepada kanak-kanak OKU untuk memberi harapan baru kepada mereka.

Alex yang berusia 7 tahun merupakan penggemar superhero dilahirkan tanpa tangan kanan yang sempurna telah menerima tangan bionik seperti robot 'Ironman'.

11050159_10153156046005148_4359020691306310549_n
10985912_10153156045910148_8598550276628062430_n


Albert Manero adalah seorang pelajar dan telah mencipta serta menghasilkan rekaan 3D bagi anggota badan palsu dan memberikannya kepada kanak-kanak di seluruh dunia.

Beliau yang juga pengasas Limbitless Solution itu memfokuskan untuk mengubah hidup kanak-kanak istimewa seperti Alex serta menggunakan gabungan seni dan bionik untuk memberi inspirasi kepada generasi akan datang.

Sememangnya niat itu sungguh murni dan sangat mengharukan terutama kepada ibubapa kanak-kanak yang kurang bernasib baik seperti Alex.

13519_10153156045915148_4139746050048732145_n