Polis terpaksa menyembur serbuk lada untuk menyuraikan
orang ramai yang berkumpul untuk melihat seorang wanita curang
‘melekat’ pada kekasihnya selepas mengadakan seks.
Orang ramai berkumpul selepas khabar angin tersebar mendakwa suami
wanita itu meminta seorang dukun ‘mengunci’ kemaluan isterinya ketika
dia keluar.
Walaupun pakar berkata kejadian memalukan itu berlaku kerana fenomena
perubatan yang menyebabkan otot kemaluan wanita mengecut terlampau, ia
tidak dihiraukan oleh orang ramai yang berkumpul di tempat kejadian.
Media tempatan mendakwa, Sasha Ngema, 34, melakukan seks dengan
kekasihnya, Sol Qoboza, 22, di sebuah apartmen di Johannesburg, Afrika
Selatan, ketika suaminya tidak ada di rumah.
Pasangan itu terus melekat dengan masing-masing tidak boleh melepaskan diri. – Agensi