GEORGETOWN - "Hukum ALLAH SWT sudah mengatakan memegang anjing dengan
sengaja sudah jatuh haram", demikian menurut pendakwah bebas, Annas
Araby Al Kahery.
Tegasnya, terdapat begitu banyak mazhab mengenai hukum memegang anjing, namun hukum perlu berasaskan mazhab yang diguna pakai di negara ini.

“Haram memegang anjing tanpa sebab, ini bukan saya yang keluarkan
hukum, tapi hukum sedia ada, anjing adalah haiwan bawah najis
mughallazah.
“Janganlah gatai dok pegang tanpa sebab, jika dalam keadaan darurat contohnya hendak selamatkan ataupun ia berada dalam keadaan sakit, barulah boleh dipegang dan kemudiannya samak,” katanya kepada Sinar Harian.
Pengerusi Pusat Tarbiah Unais itu juga memaklumkan, begitu ramai ulama dan individu cerdik agama mengulas isu mengenai orang Islam memegang anjing selepas Program ‘I Want To Touch A Dog’.
“Benda ini sudah menjadi begitu besar dan memang semua sudah maklum. Mereka sendiri melihat kesannya. Jadi adakah individu ini tidak tahu atau sengaja tidak mahu ambil tahu?
“Jadikan ia sebagai pengajaran sebab bukan budaya kita orang Islam untuk memegang haiwan seperti anjing,” katanya. -Sinar Harian