ALOR SETAR 14 Mac - Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menegaskan pihaknya tidak akan melindungi apa jua kesalahan yang berlaku dalam kepemimpinannya sebagai Perdana Menteri mahupun Presiden UMNO demi kedaulatan undang-undang.
Perdana Menteri berkata, sebagai penerajui kepemimpinan negara dan parti, beliau sentiasa berusaha melakukan terbaik termasuk menangani semua permasalahan yang timbul.
"Saya sebagai Perdana Menteri dan Presiden parti akan berusaha terbaik untuk parti dan negara. Kalau ada permasalahan kita tangani bersama-sama, kalau ada isu kita tangani. Kalau perlu kita buat secara telus, kita buat telus.

"Kalau ada apa-apa kesalahan, kita tidak akan lindungi, kita betulkan, kita ambil tindakan ikut undang-undang. Kedaulatan undang-undang kita mesti dipertahankan," kata beliau ketika berucap merasmikan Konvensyen UMNO Kedah di TH Hotel di sini semalam.
Dalam majlis sama, beliau turut mengingatkan pemimpin UMNO Kedah supaya tidak leka dengan kemenangan parti pada pilihan raya umum (PRU) sebelum ini sebaliknya berusaha lebih keras untuk mengekalkan kemenangan tersebut dalam PRU akan datang.
Kata beliau, itu termasuk mengambil iktibar daripada kekalahan pakatan pembangkang di negeri ini dalam PRU-13.
"Tanya pada diri kenapa dalam PRU lepas, kerajaan negeri terdahulu ditolak. Mungkin kerajaan negeri dahulu iaitu pakatan pembangkang gagal tadbir negeri dengan baik. Mungkin kerana mereka gagal menyelesaikan rungutan rakyat. Mungkin masalah rakyat diabaikan.
"Apa jua faktor penolakan kerajaan negeri dulu harus kita jadikan sebagai iktibar kepada diri sendiri sekarang.
"Harus lihat-melihat punca kekuatan kita," katanya.
Tegasnya, UMNO Kedah perlu bekerja keras untuk mengekalkan kerusi dan kerajaan negeri pada pilihan raya umum akan datang. -Utusan