SEORANG kanak-kanak berusia
10 tahun di Yaman nyaris maut apabila dibakar rakannya di dalam sebuah
sangkar selepas mereka cuba meniru hukuman yang dilakukan kumpulan
militan, Negara Islam (IS) terhadap juruterbang Jordan.
Mangsa yang belum didedahkan identiti itu, dilapor telah diserang oleh lebih dari tujuh kanak-kanak sebelum mereka mengurungnya di dalam sebuah sangkar di kampung Dahtaht.
Baru-baru ini dunia digemparkan dengan hukuman bakar hidup-hidup terhadap juruterbang Jordan, Muaz Alkasasbeh oleh IS.
Hukuman seumpama itu adalah yang pertama dilakukan kumpulan militan terhadap tawanan selepas hukuman lain seperti tembak dan sembelih.
Berikutan kejadian tersebut, kaki kanan mangsa melecur dan dia berada dalam keadaan trauma. -mStar