LANGKAWI - Sebanyak 40 acara menarik akan disajikan sepanjang Karnival
Pelancongan dan Kebudayaan Langkawi di sini selama tiga hari bermula 17
Mac ini bersempena Pameran Udara dan Maritim Antarabangsa Langkawi 2015
(Lima'15).
Pengarah Pejabat Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia Negeri Kedah Anuar Abdul Razak berkata promosi dan jualan kraftangan, persembahan tarian kebudayaan tradisional, lukisan dan makanan adalah antara acara yang akan diadakan di kawasan letak kereta Lembaga Pembangunan Langkawi di sini.
"Kami menyasarkan sejumlah 300,000 orang pengunjung datang dan menikmati aktiviti sepanjang karnival itu diadakan," katanya ketika dihubungi hari ini.
Beliau berharap karnival itu akan dapat menjadi ruang kepada peserta Lima'15 untuk berhibur selepas bekerja keras pada pameran berkenaan.
Anuar berkata antara acara yang akan diadakan adalah promosi dan jualan kraftangan, persembahan tarian kebudayaan tradisional, lukisan dan makanan yang disediakan pelbagai agensi di bawah kementerian itu.
Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Nazri Abd Aziz dijadual merasmikan karnival itu pada 17 Mac ini, serentak dengan itu diadakan pelancaran Tahun Melawat Kedah 2016.
Lima'15 berlangsung di sini dari 17 hingga 21 Mac. - Bernama