Kepala Mangsa Dihentak Hingga Mati Di Kepong, Polis Buru 3 Suspek

Sekadar gambar hiasan
ALOR SETAR - Mayat seorang lelaki dilaporkan telah ditemui dalam keadaan amat sadis berlumuran darah dengan kesan hentakan di kepala dipercayai dibunuh di Jalan Rimbunan Raya 1, Laman Rimbunan, Kepong, pagi semalam.

Difahamkan bahawa penemuan mayat kira-kira pukul 2.45 pagi itu disedari oleh orang awam yang secara kebetulan melalui kawasan berkenaan lalu bertindak melaporkannya kepada pihak polis.

Ketua Ketua Polis Daerah Sentul Asisten Komisioner R Munusamy berkata, sejurus menerima panggilan tersebut pihaknya bergegas ke lokasi kejadian.

“Mangsa mengalami luka teruk di kepala dipercayai akibat hentakan kuat.

“Siasatan awal mendapati mangsa dipercayai bersama tiga invididu tidak dikenali sebelum berlaku pergelutan sesama mereka, seterusnya ketiga suspek melarikan diri menaiki dua kereta,” katanya yang dipetik dari sebuah portal.

Sehingga kini, pihak polis dikatakan masih menjalankan siasatan bagi mengenal pasti identiti ketiga-tiga suspek.

Mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Kuala Lumpur bagi proses bedah siasat. -Kedahnews.com