ALOR SETAR - Seorang lelaki ditemui mati dalam kereta yang terjunam ke
dalam sungai di jalan Kampung Guar Kepayang, Tanah Merah, Pendang, malam
kelmarin.
Mangsa, Mohd Fakri Ahmad, 34, dari Kampung Bechah, Pendang ditemui seorang penduduk yang kebetulan melalui jalan itu sebelum melihat kereta mangsa berada di tepi sungai kira-kira jam 10 malam.
Pegawai Jabatan Pertahanan Awam (JPAM) Pendang, Roshasniza Roski berkata, empat anggota bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima maklumat dari orang awam.
“Sewaktu sampai, mangsa yang disangka tidak sedarkan diri sudah dibawa naik ke daratan. Kami cuba melakukan bantuan pernafasan bagaimanapun, tiada maklum balas dari mangsa.
“Pengesahan dari hospital mendapati mangsa meninggal dunia dan mayat mangsa diserahkan kepada polis,” katanya.
Menurutnya, mangsa dipercayai tidak memandu laju kerana kereta terbabas di tepi sahaja dan bukannya di tengah sungai.
"Bagaimanapun terdapat kesan brek tayar pada permukaan rumput menunjukkan mangsa cuba mengelak sesuatu sebelum terjunam ke dalam sungai,” katanya. -Sinar Harian