KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengumumkan pertukaran dua pegawai kanan berkuat kuasa Khamis.
Menurut kenyataan Ibu Pejabat PDRM Bukit Aman, Ketua Polis Johor,
Datuk Mohd Mokhtar Mohd Sharif dilantik sebagai Pengarah Jabatan
Siasatan Jenayah Narkotik, Bukit Aman dengan pangkat Pesuruhjaya Polis.
Timbalan Pengarah (Operasi) Jabatan Pencegahan Jenayah dan
Keselamatan Komuniti (JPJKK) Bukit Aman, Datuk Rusli Ahmad pula dilantik
sebagai Ketua Polis Johor dengan memangku pangkat Senior DCP. – BERNAMA