KUALA LUMPUR - Pelan Pemulihan MAS (MRP) terus menarik minat daripada pelbagai entiti yang mahu terlibat sama atau melengkapkannya.
Dalam maklumat terkini kemajuan suku tahunan MRP yang dikeluarkan di sini hari ini, Khazanah Nasional Bhd yang menguasai 100 peratus kepentingan dalam syarikat penerbangan negara itu, berkata ia sudah menerima 36 cadangan perniagaan.

"Khazanah sudah bertemu dan akan terus menemui pihak-pihak yang
mengemukakan cadangan bagi membincangkan cadangan mereka secara
terperinci," katanya.
Dana milik negara itu berkata ia melakukan pelbagai proses penilaian
yang ketat dan akan hanya menilai dan mengakses cadangan yang berwibawa
dengan keupayaan dan sumber yang sudah terbukti.
"Tambahan pula, semua cadangan tidak seharusnya melibatkan perpecahan
aset MAS, penting untuk fungsinya sebagai syarikat penerbangan negara,"
katanya.
Secara keseluruhannya, kemajuan yang dicapai setakat ini adalah selari
dengan tempoh masa khusus untuk mengembalikan MAS mencatat keuntungan
berdasarkan MRP.
Turut termasuk dalam tempoh masa itu ialah penyahsenaraian MAS dan
pengumuman kepimpinan syarikat baharu (NewCo) pada Disember 2014,
peralihan rasmi kepada NewCo (1 Julai, 2015), NewCo mencatat keuntungan
(menjelang akhir 2017) dan penyenaraian NewCo (antara 2018-2020). -
Bernama