RUSIA – Seekor kucing yang diwarnakan merah jambu oleh pemiliknya
yang obses dengan warna berkenaan, telah mati akibat mengalami keracunan
toksid daripada pewarna tersebut.
Pemilik kucing berkenaan, Lena Lenina yang juga seorang penulis,
mewarnakan kucing itu dengan warna pink bagi mengikut tema dalam satu
parti yang dianjurkannya iaitu parti merah jambu, dengan semua tetamu
diwajibkan memakai baju berwarna merah jambu.
Namun selepas parti berakhir, Lena mula hilang minat dengan kucing
berkenaan dan membiarkannya. Kucing itu kemudiannya jatuh sakit dan
mati.
Pemeriksaan doktor mendapati kematiannya kucing berkenaan akibat
toksid yang dikeluarkan pewarna berkenaan selepas kucing itu menjilat
bulunya.
Meskipun Lena sebelum itu dikritik hebat akibat perbuatannya, dia
mempertahankan diri dengan menyatakan tindakannya itu mendapat kebenaran
doktor haiwan kerana ia memberi manfaat kepada kucing tersebut.
“Warna merah jambu itu dipilih kerana ia dapat memperkuatkan bulunya,’’ kata Lena.
Bagaimanapun orang ramai telah melancarkan petisyen secara dalam
talian bagi meminta polis menyiasat perbuatan kejam ke atas haiwan
tersebut. -Agensi