Kucing Yang Kaya Raya...


Inilah gambar-gambar kucing kaya di dunia. Gambar ini dimuatkan dalam laman web cashcats.biz yang diwujudkan untuk meraikan kekayaan moggies (kucing baka campuran) paling hebat.

Antara gambar itu menunjukkan seekor kucing duduk bergaya, dikelilingi wang kertas sementara di sebelahnya sebotol minuman keras mahal.

Galeri berkenaan yang memaparkan kucing kesayangan dari Amerika Syarikat hingga Maldives begitu diminati peminat kucing dari seluruh dunia.

Bagaimanapun, hanya lima peratus gambar yang dihantar ke laman berkenaan disiarkan.

Pencipta laman web itu Will Zweigart, 35, berkata: "Satu aspek yang menyeronokkan projek ini ialah penyertaan diterima daripada pelbagai pelusuk dunia, tidak terkira jumlah negara dan mata wang yang digunakan."

Peliknya,dia turut dihujani gambar kucing dikelilingi timbunan dadah dan senapang.

"Saya tidak menyiarkan gambar seperti itu atas kerana tidak mahu menjadi contoh buruk atau mewujudkan persekitaran yang tidak selamat untuk kucing.

"Bagaimanapun, agak mengejutkan kerana ternyata banyak kucing memiliki senapang di seluruh dunia.

"Laman ini mencerminkan budaya kita-iaitu persepsi kita mengenai kuasa dan status. Bagi sesetengah orang, kuasa dilambangkan pasport dan arak manakala bagi orang lain ia adalah pistol Glock," katanya.













Sumber: myMetro