Lagi Cerita Tipu Whatsapp: Institut Kanser Nafi Sebar Maklumat Ketum Perawat Kanser


PUTRAJAYA – Institut Kanser Negara (IKN) hari ini memaklumkan tidak terbabit dengan penyebaran maklumat berhubung isu daun ketum sebagai anti kanser yang tersebar melalui media sosial.

IKN melalui kenyataan dikeluarkan Kementerian Kesihatan berkata, kandungan maklumat itu jelas tidak membabitkan aktiviti serta perkhidmatan di IKN.

Menurut kenyataan itu, penyebaran maklumat menerusi aplikasi media sosial WhatsApp berhubung isu ranking daun ketum sebagai pencegahan anti kanser dikesan berlaku dan merujuk ‘Institut Pencegahan Kanser’ sebagai pihak yang mengumumkan perkara berkenaan.

“Maklumat yang disebarkan adalah tidak diketahui kesahihannya kerana tiada sumber rujukan yang dinyatakan,” menurut kenyataan itu. – BERNAMA