KULIM - Polis berjaya melumpuhkan aktiviti penjualan air ketum, pecah
rumah dan sindiket membeli serta menjual motosikal terpakai apabila
memberkas tiga lelaki di beberapa lokasi sekitar daerah ini pada Selasa
dan Khamis lalu.
Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Abdullah Arshad berkata, dalam kes pertama, polis menahan seorang lelaki berusia 39 tahun bagi membantu siasatan berikutan penemuan sebuah ladang ketum seluas lebih satu hektar di Kampung Siam, Batu Puteh, Karangan dekat sini.
“Sebanyak 10 kilogram daun ketum segar bernilai RM350 yang diletakkan dalam dua guni kecil dirampas,” katanya pada sidang media, semalam.
Menurutnya, serbuan yang dilakukan pihaknyai dengan menunggang motosikal tidak disedari sekumpulan lelaki yang sedang leka memetik daun-daun ketum di ladang terbabit.
Bagi kes berasingan, polis menahan seorang pemilik bengkel dan kedai menjual alat ganti motosikal di Kampung Padang Serai, selain turut menjumpai 14 rangka motosikal yang dipercayai dicuri bersama peralatannya termasuk enjin motosikal yang dileraikan di sebuah bengkel.
“Lelaki berusia 49 tahun itu menjalankan operasi terbabit sejak lebih 25 tahun lalu, dia ditahan reman sehingga Selasa depan untuk membantu siasatan,” katanya.
Abdullah berkata, sementara dalam operasi pada Selasa lalu, seorang lelaki berusia 35 tahun ditahan polis di sebuah rumah di Taman Legenda Padang Serai bersama sebuah motosikal Yamaha 125Z yang dilaporkan dicuri kira-kira empat jam sebelumnya.
Susulan itu katanya, polis turut menjumpai sebuah kereta Proton Wira yang dilaporkan hilang, tersadai dalam sebuah ladang kelapa sawit di sekitar kampung Sungai Seluang, Lunas.
“Dengan penangkapan lelaki itu, sekurang-kurangnya lima kes pecah rumah sekitar Pekan Padang Serai dapat diselesaikan.
"Beberapa peralatan memecah masuk rumah dan kereta turut ditemui di dalam rumah itu, termasuk sepasang sarung tangan, tukul besi, sebatang besi khas untuk memecah cermin kereta dan pemutar skru,” katanya. -Sinar Harian