Lana Nodin Bakal Nikah "Abam Sado Atlet Mat Salleh" Mei Ini

Lana Nodin, Mohd Daud Mc Kienzie Abdullah
Pelakon wanita yang mendapat jolokan "Pam Anderson Malaysia", Lana Nodin akhirnya mengesahkan kepada para peminat bahawa dia bakal mendirikan rumah tangga tidak lama lagi dengan jejaka pilihannya.

Difahamkan bahawa jejaka yang bakal memperisterikan Lana itu adalah David Mc Kienze atau nama Islamnya, Mohd Daud Mc Kienzie Abdullah pada 15 Mei ini.

Lana yang hadir bersama jejaka dari Amerika Syarikat berkenaan dilapor mengumumkan berita gembira itu dalam satu sidang media khas di Hotel Istana, Kuala Lumpur petang semalam.

Bakal suami Lana merupakan seorang atlet sukan bola tampar peringkat Olimpik negara "uncle sam" itu.

Pasangan itu turut mengumumkan bahawa majlis mereka bakal disempurnakan sepenuhnya bermula dari majlis malam berinai, akad rnikah hinggalah ke majlis resepsi di Hotel Istan, Kuala Lumpur nanti.

Berita perkahwinan Lana agak mengejutkan peminat hiburan termasuk rakan media kerana pelakon yang dikatakan seksi itu agak bijak merahsiakan hubungan cinta terbarunya itu.

Lana sebelum ini juga dilapor pernah hampir bertunang dengan pelakon, Johan 'Asaari, namun jodoh mereka tidak kesampaian. -Kedahnews.com