Gambar Hiasan |
Ketua Polis Daerah Kubang Pasu Superitendan Abd Rahim Abdullah berkata,
dalam kejadian 3.30 pagi itu, Muhamad Amirul Abdul, 19, yang berasal
dari Kuala Nerang mati di tempat kejadian selepas tercampak keluar
daripada kereta itu.
Pemandu kereta itu dan seorang lagi penumpang cedera parah dihantar ke
Hospital Sultanah Bahiyah untuk rawatan manakala dua lagi penumpang
cedera ringan dan dirawat sebagai pesakit luar di hospital sama, katanya
kepada Bernama ketika dihubungi.
Ketika kejadian kelima-lima lelaki itu dalam perjalanan dari Alor Setar menghala ke Bukit Kayu Hitam, katanya. -Bernama