Gambar Hiasan |
Lebih 200,000 kanak-kanak di China dilapor diculik dan dijual secara terbuka melalui Internet setiap tahun.
Pelbagai usaha dilaksanakan pihak berkuasa, namun gejala penyeludupan dan pemerdagangan kanak-kanak semakin berleluasa menyebabkan ribuan keluarga menderita.
Jabatan Negara Amerika Syarikat (AS) percaya lebih 20,000 kanak-kanak diculik setiap tahun - atau 400 seminggu -namun media tempatan menganggarkan jumlah penculikan tahunan itu jauh lebih tinggi, mencecah 200,000.
Bayi lelaki mendapat permintaan tinggi kerana mereka dipercayai dapat mengekalkan nama keluarga dan dijual dengan harga £10,500 (RM58,000).
Kebelakangan ini, pemerdagangan bayi dilakukan melalui Internet bagi mengelak dikesan pihak polis.
Seramai 1,094 orang ditahan membabitkan pemerdagangan bayi selepas operasi terhadap empat kumpulan penjualan bayi terbesar melalui Internet, tahun lalu.
Kementerian Keselamatan Awam China melaporkan 382 bayi diselamatkan selepas empat laman web itu dikesan menjual kanak-kanak dengan menyamar sebagai proses pengambilan anak angkat.
Ada pihak beranggapan pemerdagangan bayi didorong faktor dasar satu anak negara itu malah bayi perempuan sering digugurkan atau dibuang keluarga kerana tidak ‘berharga’ seperti anak lelaki. Bayi perempuan juga lazimnya hanya separuh harga kanak-kanak lelaki.
Faktor kemiskinan juga memainkan peranan apabila ada pihak memilih mengaut keuntungan mudah dengan menjual kanak-kanak ini. -Agensi