GAMBAR HIASAN: Lelaki Uighur yang berjanggut. |
Seorang lelaki Islam etnik Uighur di sini dihukum
penjara selama enam tahun kerana didakwa ‘membuat provokasi’ dengan
menyimpan janggut.
Lelaki berusia 38 tahun itu didakwa di sebuah mahkamah di Kashgar di
wilayah Xinjiang selepas pihak berkuasa beberapa kali memberi amaran
kepadanya supaya mencukur janggut.
Mahkamah yang sama turut menjatuhkan hukuman penjara dua tahun
terhadap isteri lelaki itu kerana memakai purdah yang menutup wajahnya.
Pihak berkuasa China mengharamkan lelaki menyimpan janggut kerana berpendapat ia mempunyai kaitan dengan pengganas.
Bagaimanapun, dakwaan itu dinafikan oleh etnik Uighur yang majoritinya beragama Islam. – Agensi