Lim Kit Siang Angkat Diri Sebagai "Patriot Malaysia"!

Lim Kit Siang
ALOR SETAR – Penasihat DAP, Lim Kit Siang menganggap dan melabel dirinya sebagai patriot Malaysia dengan alasan bahawa dia telah berani menyerahkan jiwa raga untuk memperbaiki negara ini sejak berkecimpung di dalam dunia politik.

Kata Kit Siang, dia dan Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak pernah melarikan diri ke luar negara apabila mengetahui akan dipenjarakan oleh pihak berkuasa.

“Kenapa saya pulang ke Semenanjung Malaysia pada 1969 untuk berhadapan penahanan Akta ISA? Kenapa Anwar tidak menerima nasihat teman-teman antarabangsanya dan melarikan diri daripada negara ini?

“Ini kerana kami adalah patriot Malaysia yang menyerahkan jiwa raga kepada usaha memperbaiki negara supaya anak cucu kami boleh berbangga menjadi warganegara sebuah negara yang mempunyai keadilan, kebebasan, maruah dan urustadbir yang baik,” dakwanya dalam satu kenyataan, semalam.

Kit Siang mendakwa, walaupun Anwar telah didapati bersalah di mahkamah Malaysia, namun Ketua Umum PKR yang dibuktikan telah meliwat bekas pembantu peribadinya, Saiful Azlan Bukhari itu, masih menang di"mahkamah rakyat" dan "mahkamah pendapat antarabangsa".

Justeru itu, penasihat DAP itu mahu rakyat Malaysia bersama dengannya dengan menyokong kempen SSS iaitu Selamatkan Anwar, Selamatkan Pakatan Rakyat dan Selamatkan Malaysia Anwar.

Anwar yang juga merupakan Ketua Pembangkang itu kini seedang jalani hukuman penjara lima tahun kerana kesalahan meliwat di Penjara Sungai Buloh. -Kedahnews.com