Lionel Morais, Amin Shah
Iskandar dan Zulkifli Sulong adalah tiga pengarang utama di dalam portal pro-pembangkang, The Malaysian Insider, yang dilapor telah ditahan pihak berkuasa bagi membantu siasatan berhubung satu laporan polis.
Mereka bertiga berjawatan pengarang urusan, pengarang berita bahasa serta pengarang analisis dan rencana bagi portal berkenaan ditahan kira-kira hampir jam 6 petang semalam di pejabat portal tersebut di Mutiara Damansara.
Difahamkan bahawa pihak polis dan anggota Suruhanjaya
Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) turut merampas beberapa komputer dan telefon bimbit milik mereka bagi tujuang yang sama.
Seorang peguam, Syahredzan Johan
yang hadir sama dalam insiden itu menjelaskan bahawa siasatan dijalankan mengikut Seksyen 4 Akta Hasutan
dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
The Malaysian Insider dalam satu laporan yang siarkan pada 25 Mac lalu,
mendakwa mesyuarat Majlis Raja-raja Melayu menolak cadangan meminda Akta
Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 atau Akta 355,
undang-undang persekutuan yang perlu dipinda kerajaan PAS Kelantan bagi
membolehkan pelaksanaan hudud.
Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Datuk Seri Syed Danial Syed Ahmad, telah membuat satu laporan polis terhadap The Malaysian Insider minggu lalu menegaskan Majlis Raja-Raja Melayu berkata ia tidak pernah menolak hudud seperti dilaporkan portal itu.
Selain beliau, Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Kedah, Datuk Shaiful Hazizy Zainol Abidin turut membuat satu lagi laporan polis di Kedah atas fitnah portal berkenaan. -Kedahnews.com
