Nipis, namun hanya ada satu port sahaja selain harga yang agak mahal |
Dilaporkan bahawa syarikat komputer gergasi dunia, Apple, baru- baru ini telah melancarkan MacBook terbarunya yang berciri lebih nipis dan ringan di pasaran.
Ming Chi-Kuo dari KGI Securities meramalkan bahawa produk terbaru Apple
tersebut dijangka hanya akan berjaya menjual 450,000 unit pada separuh pertama
tahun ini.
"Walaupun ia kedengaran agak banyak, namun jika dilihat dari prestasi
yang ditunjukkan syarikat itu dalam menjual berjuta-juta Mac setiap
tahun ia adalah suatu jumlah yang sedikit," ulasnya sebagaimana yang dipetik Business
Insider.
Menurut Chi-Kuo, para pelanggan berkemungkinan enggan membeli keluaran terbaru
ini kerana ia hanya dilengkapi satu port sahaja yang berfungsi sebagai USB,
HDMI, VGA, Display Port dan tempat pengecas.
“Bagaimanapun anda perlu mendapatkan penyesuai untuk mendapatkan menggunakan semua fungsi itu dalam satu masa,” katanya lagi.
Selain itu, antara faktor lain yang dijangka bakal mempengaruhi penjualan keluarga MacBook terbaru dari Apple itu ialah harga yang terlalu tinggi iaitu
kira-kira RM4,795 iaitu jauh lebih mahal dari model MacBook Air.
"Faktor-faktor ini mungkin akan mempengaruhi belian terhadap produk
ini, walaupun ia mungkin berubah pada masa hadapan," kata Steve Kovach
yang juga salah seorang penganalisis dunia IT dari KGI Securities.
Dia memberi contoh tentang pelancaran MacBook Air's yang diperkenalkan pada tahun
2008, pada mulanya ia diramal tidak akan mendapat sambutan kerana
harganya yang tinggi mahal dari MacBook Pro.
Namun, sejak beberapa tahun
kebelakangan ini ia berkembang menjadi salah satu daripada komputer
riba terbaik di dunia. - Kedahnews.com