Che Ta & Zain... |
ALOR SETAR - Pelakon jelita yang sering kontroversi, Rozita Che Wan akhirnya dilaporkan mengaku telah "berhijrah" ke arah mengenakan tudung sepenuhnya, lewat petang semalam.
Rozita, 42, yang lebih dikenali para peminat industri hiburan tanahair dengan nama panggilan "Che Ta" itu berbangga untuk mengumumkan imej barunya yang lebih menjurus ke arah menutup aurat itu.
Walaupun enggan ditemu ramah pihak media, Che Ta melalui suaminya, Zain Saidin menjelaskan bahawa perubahan mengejutkan ramai itu merupakan suatu rahmat buat mereka sekeluarga.
Zain turut menjelaskan bahawa niat murni isterinya itu untuk berhijab telah timbul ketika mereka mengerjakan ibadah umrah baru-baru ini dan dia sebagai suami sangat bersyukur dengan perkara tersebut.
"Maaf, Che Ta tidak mahu bercakap lagi, tetapi soal bertudung itu, dia hanya ingin berkongsi perasaan yang dia bangga dengan penghijrahan ini.
"Bagi saya sendiri sebagai suami pula tentunya bersyukur dengan keputusannya ini.
"Niat dia untuk bertudung penuh ini memang sudah terbit sejak kami berada di Mekah ketika menunaikan umrah baru-baru ini,” katanya dalam satu kenyataan. - Kedahnews.com