Walaupun berwajah bertudung itu yang boleh dikategorikan sebagai comel, namun sekiranya perangai pula tidak berapa nak "comel, rasanya tak berapa cantik sangat la, kan?
Mungkin ayat berkenaan sesuai untuk ditujukan kepada remaja bertudung ini yang dikatakan telah memuatnaik gambar yang agak lucah di laman sosial Facebook dan kini sedang viral di seluruh negara.
Namun, berdasarkan etika dan menjaga air muka kedua gadis bertudung berkenaan, Kedahnews.com memadam mata pada gambar bagi mengelak identiti mereka dari pengetahuan orang ramai, dengan harapan mereka tidak dikutuk teruk nanti.
Berdasarkan status yang dimuat naik gadis berkenaan, maka jelaslah terbukti bahawa pemakaian tudung atau sopan masih lagi tidak
mampu mengekang masalah sosial di kalangan remaja beragama Islam dan berbangsa Melayu.
Agaknya, pihak manakah yang bertanggungjawab mendidik anak gadis seperti ini sehingga kelihatan terlalu terbuka dan tergamak memuat naik status berbaur lucah tanpa rasa malu?
Bagaimanapun, baru-baru ini kami dapati remaja berkenaan dilapor telah menukar status gambar itu dari "pergi ke kedai beli aiskrim pasu, jumpa aiskrim negro" kepada "pergi ke kedai beli aiskrim pasu, kedai tutup" pada laman Facebooknya.
Pada pandangan kami, seeloknya gadis bertudung itu buangkan saja gambar tidak bermanfaat berkenaan dari Facebooknya, habis cerita.
Untuk apa disimpan gambar berkenaan? Sekadar nak menunjuk betapa gatalnya gadis bertudung seperti mereka?
Perkara ini secara jelas menunjukkan tahap maruah gadis Melayu beragama Islam yang akhir-akhir ini semakin hilang, "entah ke mana" perginya.
Pada kami, tidak perlulah disalahkan ibu bapa, masyarakat, guru, kerajaan mahupun pemimpin kerana kami yakin ia sebenarnya berpunca daripada individu itu sendiri yang tidak peduli pada didikan atau nasihat yang diberikan sebelum ini, kan?
Kita doakan saja untuk mereka berubah. Wallahua'alam. -Kedahnews.com