Mohagher Iqbal, Murad Ibrahim |
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, kerajaan mengesahkan bahawa kedua-dua pemimpin MILF itu bukan rakyat Malaysia seperti yang diperkatakan.
"Saya telah lakukan penyemakan dengan Ketua Pengarah Jabatan
Pendaftaran (Negara) termasuk menyemak maklumat peribadi, tarikh lahir
dan beberapa butiran lain dan didapati Haji Murad Ibrahim dan (Mohagher)
Iqbal bukan rakyat Malaysia.
"Saya harap ahli parlimen itu faham dan ini ialah pendirian rasmi
kerajaan Malaysia berhubung perkara ini," katanya kepada pemberita
selepas merasmikan 'Eksesais Multinations Counter-Terrorrism' di Lapang
Sasar Antarabangsa Langkawi, di sini.
Beliau berkata, terdapat usaha untuk menggagalkan perjanjian perdamaian
yang diusahakan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak dengan
mengatakan bahawa kedua-dua tokoh MILF ini merupakan rakyat Malaysia.
"Saya tidak mahu terlibat dengan politik dalaman Filipina, tetapi
setelah melihat secara terperinci, saya tidak mahu usaha Perdana Menteri
kita 'dirungkai' dengan tuduhan melulu," katanya.
Laporan akhbar semalam berkata Jawatankuasa Dewan Perwakilan Filipina
yang ditugaskan untuk mengkaji usul Undang-Undang Asas Bangsamoro (BBL),
digesa untuk menyiasat kerakyatan Murad dan Mohagher.
Gesaan itu dibangkitkan oleh Ahli Parlimen Davao, Karlo Alexei Nograles
selepas bekas setiausaha menteri dalam negeri Filipina, Rafael Alunan
IIImendakwa Murad dan Mohagher merupakan rakyat Malaysia, sekali gus
boleh mengganggu proses kelulusan BBL. - Bernama