MAIDUGURI (Nigeria) – Kumpulan militan Nigeria, Boko Haram mengaku
secara rasmi menjadi sekutu kepada Kumpulan Islam (IS) menerusi mesej
yang disampaikan oleh pemimpin kumpulan itu menerusi Twitter serta
dilaporkan dalam laman perisikan SITE, hari ini.
Pemimpin Boko Haram, Abu Bakar Shekau membuat pengakuan itu dalam
bahasa Arab menerusi akuan Twitternya.
“Kami mengumumkan
kesatuan kami dengan Kalifah umat Islam,” katanya.
Pemimpin IS, Abu Bakr al-Baghdadi sebelum ini mengisytiharkan dirinya sebagai Kalifah.
Sementara itu, polis berkata, empat pengebom berani mati menyerang
bandar Maiduguri di utara Nigeria semalam mengakibatkan
sekurang-kurangnya 54 maut manakala 143 lagi cedera. – AP