ALOR SETAR - Semua pihak diminta bekerjasama dan melakukan
penambahbaikan untuk mempertahankan status Geopark Langkawi yang
dianugerahkan Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Pertubuhan
Bangsa-bangsa Bersatu (Unesco) kepada pulau itu pada 2007.
Exco Pelancongan, Datuk Mohd Rawi Abd Hamid berkata, ini kerana dalam tempoh kurang 100 hari, penilaian semula akan dibuat oleh Unesco, bagi menilai sama ada Langkawi masih layak menerima pengiktirafan itu atau sebaliknya.
“Semua pihak antaranya Lembaga Pembangunan Langkawi (Lada), Koperasi Pangkalan Nelayan Kilim, sehinggalah kepada nelayan persekitaran dan penduduk perlu memastikan status Geopark itu kekal, saya harap status itu dilanjutkan semula apabila Unesco membuat penilaian kelak,” katanya.
Menurutnya, dalam tempoh masa singkat ini, beberapa aspek perlu diberi tumpuan supaya menepati piawaian ditetapkan berdasarkan garis panduan Unesco.
“Antaranya aspek sosioekonomi, pelancongan, pemeliharaan keindahan, penjagaan alam sekitar, kebersihan, serta kelestarian pokok bakau. Kita perlu mengekalkan status ini, sudah sekian lama ia menjadi produk pelancongan yang cukup terkenal di dunia,” katanya.
Mohd Rawi berkata, perkara itu turut dibincangkan bersama Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir dan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz, sempena kunjungannya ke Kedah, baru-baru ini.
“Teguran yang dinyatakan dalam surat Unesco lalu perlu diberi perhatian serius. Tak perlu mana-mana pihak menuding jari mencari kesalahan pihak lain, sebaliknya bersatu atasi kelemahan dan pastikan matlamat untuk kekalkan status tercapai, masing-masing ada peranan tersendiri,” katanya.
Menurutnya, dibimbangi kehadiran pelancong ke pulau legenda itu merudum jika status itu gagal dipertahankan. -Sinar Harian