ALOR SETAR – Ahli-ahli UMNO dinasihatkan membentuk kesepakatan yang membawa berkat dan keuntungan kepada semua pihak bukan untuk seseorang, keluarga atau sesuatu kaum semata-mata.
Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir berkata, setiap ahli UMMO juga mesti memahami apakah bentuk kesepakatan yang perlu disemai di dalam diri mereka.
Menurut beliau, perkara ini berbeza dengan pakatan pembangkang kerana mereka duduk semeja, bekerja sambil mengharapkan impian masing-masing tercapai, namun matlamat antara mereka amat jauh berbeza.
"Pakatan (pembangkang) sebegini tidak akan membawa berkat tetapi mengundang padah yang amat dahsyat, manakan tidak satu kumpulan mahukan undang-undang Islam yang satu lagi pula menolak keras. Mereka terus duduk bersama dengan niat awal untuk menipu antara satu sama lain," katanya ketika berucap dalam Konvensyen UMNO Kedah di TH Hotel di sini hari ini.
Konvensyen itu dirasmikan oleh Presiden UMNO Datuk Seri Najib Tun Razak.
Menurut Mukhriz, ahli-ahli UMNO termasuk para pemimpin perlu menjalankan sesuatu pekerjaan itu atas rasa tanggungjawab yang wajib dipikul sebagai hamba Allah.
"Bukan sesuatu khidmat yang kita berikan untuk dihargai dan menda pat pujian serta imbuhan. Tetapi kita berkhidmat atas landasan suci demi meningkatkan syiar agama, memartabatkan bangsa dan terus mendaulatkan negara," jelasnya.
Dalam pada itu, Mukhriz berkata, beliau juga amat berharap agar Kerajaan Persekutuan dapat meluluskan permohonan membangunkan Lapangan Terbang Antarabangsa Kulim (KXP) dan percaya kerajaan mampu menukar pinjaman kerajaan negeri kepada geran. -Utusan