Muflis Gara-Gara Watie Elite, Hana Elite Akhirnya Menang Saman

Setelah bertahun-tahun bergelut dengan hidup kerana diisytihar muflis, akhirnya Hana Elite memenangi samannya ke atas salah seorang anggota kumpulan sama, Watie kerana menjadi punca masalah tersebut.

Mengimbas kembali isu itu, beberapa tahun lalu, Hana atau nama penuhnya Norhanasafiza Mat Adnan sanggup meminjamkan nama, malah membayar wang pendahuluan bagi membolehkan Watie memiliki sebuah Toyota Wish.

Namun, pada April 2013, Hana telah diisytiharkan muflis kerana gagal melangsaikan hutang tertunggak sedangkan dia sendiri tidak mengetahui tentang pinjaman yang dilakukan.

Hidup dalam keadaan tertekan, Hana kemudiannya memutuskan untuk mendapatkan kembali haknya, lantas membawa kes tersebut ke mahkamah dan semalam, Mahkamah Seksyen Selayang menjatuhkan hukuman kepada Watie.

“Sebelum ini, selama lima tahun saya mencari dia untuk berbincang. Bukan saya tak cari. Sekarang dia kena selesaikan tanggungjawab untuk langsaikan perkara ini,” ujarnya dalam satu kenyataan kepada Malaysian Digest.

Siapa tak lega apabila akhirnya kebenaran berpihak kepada diri sendiri setelah memperjuangkannya selama beberapa tahun.

“Alhamdulillah, ketika ini saya tidak boleh berhenti senyum. Saya rasa sangat lega dan bersyukur kepada Allah kerana beri peluang kepada saya untuk kembali menjalani kehidupan seperti biasa.

“Lepas kejadian yang menimpa saya ini, saya akan lebih berhati-hati dan akan make sure perkara yang sama tidak akan terjadi lagi.”

maxresdefault

Cerita Hana lagi, suami Watie, Joey, pernah menghubunginya sebelum ini bagi menyelesaikan perkara tersebut secara baik, namun semuanya sudah terlambat kerana pihak mahkamah telah menjatuhkan keputusan.

“Saya kata saya minta maaf sebab mahkamah sudah jatuhkan hukuman,” katanya.

Tahniah buat Hana kerana kebenaran pastinya akan terbongkar suatu hari nanti. 

Apa-apapun, beringatlah, jangan terlalu mudah melakukan sesuatu pengorbanan walaupun terhadap rakan baik sendiri sehingga membenarkan mereka mengambil kesempatan terhadap kita. Fikir terlebih dahulu sebelum kena, kan? -Kedahnews.com