Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir |
ALOR SETAR - Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir
melahirkan kebimbangannya terhadap penularan fahaman ekstremisme dalam
kalangan segelintir penduduk negeri ini sehingga menyebabkan mereka
terpengaruh untuk ke Syria bagi tujuan berjihad.
Beliau mendedahkan menerima maklumat daripada tenaga pengajar di sebuah pondok pengajian agama tentang kedatangan beberapa penduduk tempatan yang menyuarakan hasrat untuk ke Syria bagi tujuan jihad.
"Saya menerima maklumat daripada pondok agama tentang kedatangan (penduduk tempatan) yang tidak mengenalkan diri dan bertanyakan pada Tok Guru tentang apa hukumnya pergi berjihad di Syria.
"Tok Guru mengeluarkan kitab-kitab dan Al-Quran dan menunjukkan surah-surah tertentu yang tidak membenarkannya (pergi ke Syria). Ia memberikan gambaran bagaimana ada segelintir yang sememangnya mahu pergi ke Syria," kata Mukhriz pada sidang media di Wisma Darulaman, semalam.
Katanya, walaupun penduduk tempatan itu membatalkan hasrat pergi ke Syria selepas menerima penjelasan guru agama itu, tetapi dalam masa sama tidak menolak kemungkinan ada yang pergi ke negara bergolak itu tanpa mendapatkan nasihat.
"Mujur mereka datang bertanyakan hukum-hakam (di sisi agama Islam) sebelum pergi ke Syria, bagaimana pula mereka yang terus pergi (ke Syria tanpa mendapatkan nasihat)," katanya.
Maklumat yang diterima daripada pondok-pondok agama itu mengenai niat segelintir penduduk tempatan yang mahu berjuang di Syria itu telah menimbulkan kerisauannya, kata beliau.
Menteri Besar Kedah itu juga mendedahkan bagaimana seorang pelajar wanita di Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) cuba meyakinkan ayahnya untuk membenarkan dia berkahwin dengan warga Syria.
Kerajaan negeri menurut beliau bergantung kepada tindakan yang diambil oleh polis di dalam membanteras penularan fahaman militan dan ekstremisme dalam kalangan penduduk negeri ini.
Sebelum itu Mukhriz bersama-sama barisan anggota exconya meraikan pelajar-pelajar yang mendapat keputusan cemerlang di dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia, Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia dan Sijil Tinggi Agama Malaysia. - Bernama