Ini MB kita... |
Kesungguhan Mukhriz untuk tinggal sebagai keluarga angkat, makan bersama dan bergaul mesra di dalam kehidupan mereka seolah menjadikan Menteri Besar itu sebahagian dari "orang Pendang".
"Sebelum ni depa kata Mukhriz tu tak reti bergaul dengan orang kampung. Tu semua muhong (bohong).
"Hari ni MB sehari dengan kami, makan dengan kami, bergelak dengan kami, solat dengan kami, berselawat dengan kami, dan malam ni dia tidoq di rumah kawan kami di Guar Kepayang, sapa kata MB tak reti bercampoq dengan orang kampung tu tak betoi tu.
"Hari ni kami rasa Mukhriz tu dah jadi macam orang Pendang dah, macam sekampung," kata seorang anak jati Pendang yang dikenali sebagai pakcik Mat ketika ditemui di majlis Malam Cinta Rasul, semalam.
Bagi pakcik Daud pula, kesudian Mukhriz untuk turun ke Pendang membuktikan bahawa Menteri Besar itu memiliki jiwa rakyat sebagaimana Menteri-Menteri Besar terdahulu sebelum beliau.
"Boleh dikatakan hampir semua Menteri Besar kat Kedah ni baguih-baguih semua. (Tan Sri) Sanusi Junid, (Datuk Seri) Syed Razak, (Datuk Seri Mahadzir) Det Khalid, (Tan Sri) arwah Ustaz Azizan semua rapat dengan orang kampung.
"Mukhriz pun sama berjiwa rakyat macam depa (Menteri-Menteri Besar terdahulu), walaupun muda, tapi berjiwa rakyat..," katanya memuji Menteri Besar Kedah itu.
Anak muda Pendang cintakan Islam bersama Mukhriz |
Kerajaan Negeri Kedah menganjurkan Program Mesra Rakyat (PMR) selama dua hari di Pendang menyaksikan Mukhriz dan barisan para Exco berkampung di daerah berkenaan.
Program berkenaan semalam menyaksikan Mukhriz diberi taklimat pembangunan daerah di Pejabat Daerah Pendang di sebelah pagi dan majlis jamuan rakyat di RTP Kampung Paya Mat Insun pada jam 12.30 tengahari.
Sebelah petangnya pula, sebuah perlawanan bola sepak persahabatan bakal berlangsung di Stadium Mini Pendang menyaksikan pertembungan antara pasukan pilihan daerah Pendang dan pasukan pilihan Menteri Besar Kedah pada jam 5 petang.-Utaranews.com