KUALA LUMPUR 14 Mac – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengucapkan tahniah kepada Gabenor Bank Negara, Tan Sri Dr. Zeti Akhtar Aziz yang dianugerahkan pingat Dekan Wharton.
Perdana Menteri berkata, penganugerahan pingat itu sebagai satu pengiktirafan tinggi di atas sumbangan Zeti dalam menstabilkan ekonomi negara.
“Saya yakin asas ekonomi Malaysia akan terus kukuh dengan gandingan dasar fiskal Kerajaan Persekutuan dan dasar monetari Bank Negara. Tahniah,” katanya dalam laman sosial Facebook milik beliau, hari ini.
Zeti dianugerahkan pingat itu dari University of Pennsylvania yang merupakan anugerah tertinggi bagi alumni universiti berkenaan atas pencapaian menakjubkan Zeti terutamanya dalam mengendalikan ekonomi Malaysia dalam beberapa krisis kewangan sebelum ini. -Utusan