Ngeri: Empat Jari Remaja Hancur Termasuk Mesin Tebu Di Gurun Jaya


ALOR SETAR - Disebabkan terlalu leka berbual dengan seorang rakan, seorang remaja terpaksa menanggung kesakitan melampau apabila jarinya dimamah mesin pemerah tebu.

Kejadian ngeri yang berlaku di Taman Gurun Jaya, tengah hari tadi melibatkan seorang remaja, Mohd Faizullah Norazham, 18, yang difahamkan sedang berniaga di kawasan perumahan tersebut.

11068027_802824316433453_4883681741963592246_n

Ketika kejadian berlaku, mangsa dilaporkan sedang berborak dengan seorang rakan yang datang ke gerainya.

Mungkin agak leka berbual, tanpa disedari tiba-tiba pergelangan tangan kiri mangsa termasuk ke dalam bahagian pemerah tebu di mesin itu.

Mangsa yang panik ekoran kejadian tersebut hanya mampu menjerit meminta bantuan orang ramai sebelum punca elektrik yang menghidupkan mesin tersebut berjaya ditutup. 

Turut difahamkan bahawa empat jarinya dilaporkan hancur akibat dari insiden mengerikan itu.

Susulan kecederaan dialami, Faizullah telah dibawa ke Hospital Sultan Abdul Halim oleh ambulans bagi mendapatkan rawatan lanjut. -Kedahnews.com