Nik Abduh Selar "Ukhuwwah Islamiyah" Palsu

ALOR SETAR - Ahli Jawatankuasa (AJK) PAS Pusat, Nik Mohammad Abduh Nik Abdul Aziz menyelar pihak yang mendakwa kononnya tiada usaha menggulingkan Abdul Hadi sebagai Presiden PAS. 

Kata Nik Abduh, Allah SWT telah memberi pelbagai petunjuk mengenai gerakan tersebut dengan jelas dan semakin nyata. 

Dalam kenyataan terbarunya itu, beliau turut mengkritik pihak yang kononnya menyeru kepada "Ukhuwwah Islamiyah" tetapi di sebalik kalimah itu berselindung tujuan untuk menutup kekejian yang kian terdedah.

Anak kepada bekas Mursyidul Am PAS, Allahyarham Nik Abdul Aziz Nik Mat itu yain bahawa arwah bapanya kembali ke rahmatullah dalam keadaan tenang kerana keharmonian dan  hubungan baiknya dengan para ulama PAS, terutama Abdul Hadi sendiri.

“Saya yakin, antara ketenangan ayahanda sebelum ajalnya adalah keharmonian hubungannya yang semakin teguh dengan para ulama syura PAS dan TGHH (Abdul Hadi).

“Saya paling menikmatinya selaku anak,” kata beliau dalam satu kenyataan baru-baru ini.

Justeru, Nik Mohammad Abduh menyarankan kepada seluruh ahli PAS supaya taat dan setia kepada kepimpinan Presiden PAS serta hala tuju asal parti itu seperti yang ditetapkan oleh Majlis Syura Ulama.

“Ketaatan pada ketua adalah ibadah kepada Allah,” tegas beliau. -Kedahnews.com