Nurul Ilham Kata Dia Masih Kecil Masa Bapanya Dipenjara Kali Pertama

KAJANG - Anak Ketua Pembangkang, Nurul Ilham Anwar mengadu bahawa dia masih kecil lagi berusia kira-kira 11 tahun ketika pertama kali bapanya ditahan pihak berkuasa atas kesalahan jenayah.

"Usia saya hanya berumur 11 tahun ketika kali pertama papa ditahan polis pada 1998," kata Nurul Ilham Anwar.

Anak ke-4 Anwar itu juga mendakwa bahawa ketika itu pihak polis turut menggunakan kekerasan untuk menahan bapanya dengan menaiki sebuah van ekoran kehadiran penyokong Anwar di rumah mereka yang mampu bertindak tanpa disangka.

"Kerana kekerasan polis itu, saya tertinggal di rumah kerana saya pada usia muda itu masih tidak mengerti apa yang berlaku.

"Kemudian saya duduk dalam bilik papa sambil menggigil dan kebingungan," katanya pada majlis makan malam March to Freedom di perkarangan Pusat Khidmat Dun Kajang semalam.

Bagaimanapun Nurul Ilham, keadaan agak berbeza pada 10 Februari lalu selepas Mahkamah Persekutuaan membacakan keputusan kes liwat II di mana perkara pertama yang terlitas dalam fikirannya hanyalah "Selamat Tinggal".

"Saya sedih apabila terfikir nasib anak-anak saya dan anak-anak adik-beradik saya.

"Saya sedih apabila melihat anak Nurul Izzah, Safiyah dan Harith yang sama umur dengan adik-beradik saya pada 1998 iaitu Iman dan Hana.

"Saya juga fikir kenapa cucu papa kena harungi kepahitan sepertimana kami dulu," katanya yang dipetik dari sebuah portal berita.

Sebelum ini ramai penjenayah terpaksa meninggalkan anak isteri, termasuk yang masih dalam kandungan akibat didapati bersalah oleh mahkamah atas kesalahan jenayah yang dilakukan.

Namun, tidak ada pun di kalangan anak-anak banduan tersebut yang melakukan ceramah atau program khas untuk mendesak pihak berkuasa melepaskan bapa mereka meskipun hukuman penjara yang diputuskan itu jauh lebih berat berbanding Anwar. -Kedahnews.com