Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat, Nurul Izzah Anwar, dalam ucapannya di Parlimen baru-baru ini mengucapkan penghargaan tertinggi kepada kerajaan Switzerland yang dikatakan menyokong supaya Anwar dibebaskan dari hukuman penjara.
Dalam kenyataannya di Dewan Rakyat dihari pembukaan persidangan itu, Ahli Parlimen Lembah Pantai itu berkata, kerajaan Switzerland akan membawa kes Anwar ke Konvensyen Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Geneva dalam masa terdekat.
Anak perempuan Ketua Pembangkang itu sehingga kini masih lagi enggan percaya jenayah yang dilakukan bapanya dan menganggap Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim sengaja diperangkap Kerajaan Barisan Nasional.
Membacakan petikan teks ucapan yang dikirim bapanya di Parlimen, Anwar meluahkan rasa kesal kerana permohonannya untuk bebas hadir ke sidang Dewan Rakyat telah ditolak Kementerian Dalam Negeri dan Jabatan Penjara.
"Saya kesal permohonan melalui peguam saya yang dikemukakan kepada menteri dalam negeri dan ketua pengarah penjara bagi membolehkan kehadiran saya dalam sidang Parlimen.." tulis Anwar dalam teks yang dibaca Nurul Izzah.
Untuk rekod, Switzerland merupakan sebuah negara yang mengamalkan hak asasi manusia "ala barat" di mana perlakuan seks sesama jantina (gay atau lesbian) adalah dibenarkan dan tidak bercanggah dengan undang-undang d negara itu sejak tahun 1942.
Selain itu, aktiviti pelacuran, pornografi, gay, lesbian, transgender, biseksual dan seumpamnya juga dianggap bukan merupakan satu kesalahan untuk diamalkan di negara itu di atas nama "hak asasi manusia". -Kedahnews.com