Patung Barbie Kate Middleton?

KATE Middleton
Seorang artis Amerika Syarikat (AS) yang sebelum ini mengubah anak patung biasa menjadi model selebriti, kini mengalihkan tumpuannya kepada keluarga diraja.

Noel Cruz menjual anak patung selebriti berkenaan dengan harga mencecah AS$5,100 (RM18,000).

Dia baru-baru ini menghasilkan anak patung yang kelihatan mirip Kate Middleton dan mendiang Puteri Diana.

Cruz, 53, yang berasal dari California, membeli anak patung seperti Barbie dari kedai mainan biasa sebelum menghabiskan masa berhari-hari mengubah muka dan penampilan mereka menggunakan cat, rambut palsu mini dan pakaian khas.

Cruz memerlukan sekurang-kurangnya tiga hari untuk melengkapkan setiap 'model.' Ada kalanya dia mengambil masa hanya lapan jam terus menerus untuk menyiapkan anak patung kecilnya.

Antara koleksinya, termasuk replika sempurna Angelina Jolie, Harry Potter dan Johnny Depp.

JOHNNY Depp
Cruz menggunakan cat khas untuk membentuk muka mereka dan menggayakan rambut mereka menggunakan lidi serta pengetip kutu.

Setiap kali menyiapkan kerjanya yang rumit itu, dia akan mengiklankannya untuk dijual menerusi eBay.

Menurut Noel, minatnya membuat anak patung selebriti muncul secara tidak sengaja.

MARILYN Monroe
"Isteri saya memang sudah sekian lama mengumpul anak patung. Ketika melayari Internet untuk mencari anak patung untuk dihadiahkan kepadanya, saya mendapati sesetengah anak patung itu memang mirip manusia biasa.

"Pada 2001, saya mula menghasilkan anak patung pertama. Keyakinan untuk menghasilkan anak patung selebriti terkenal meningkat dari situ," katanya yang sebelum ini memiliki pengalaman menjadi pelukis potret.

DANIEL Radcliffe

CRUZ teliti dalam hasil kerjanya.














Sumber: myMetro