SINGAPURA – Pengasas Perdana Menteri Singapura Lee Kuan Yew meninggal
dunia hari ini pada pukul 3.18 pagi di Hospital Besar Singapura, umum
Pejabat Perdana Menteri.
Beliau berusia 91 tahun.
Menurut PMO, Perdana Menteri Lee Hsien Loong, anak mendiang Lee Kuan Yew amat berdukacita.
Ia memetik Hsien Loong sebagai berkata prosiding pengebumian dan
urusan tempat untuk orang ramai memberikan penghormatan terakhir akan
diumumkan kemudian.
Kuan Yew dimasukkan ke unit rawatan rapi hospital itu pada 5 Feb kerana radang paru-paru yang teruk.
Dilahirkan pada 16 Sept 1923, di Singapura, Kuan Yew dikenali sebagai
pengasas Singapura modern, dengan mengetuai kerajaan lebih daripada
tiga dekad, menjadikan beliau antara perdana menteri paling lama
berkhidmat di dunia.
Sebagai pengasas bersama dan setiausaha agung pertama People’s Action
Party (PAP) (Parti Tindakan Rakyat), mendiang memimpin parti itu
mencapai lapan kemenangan dalam pilihan raya antara tahun 1959 dan 1990.
Beliau juga menyaksikan pemisahan Singapura daripada Malaysia dalam tahun 1965.
Sebagai seorang pemimpin yang mempunyai visi besar dan berani, Kuan
Yew berjaya menjadikan Singapura menjadi sebuah bandar raya negara
bertaraf dunia.
Kuan Yew meletak jawatan sebagai perdana menteri dalam tahun 1990 dan
dilantik sebagai Menteri Kanan oleh Perdana Menteri kedua Singapura Goh
Chok Tong.
Pada Ogos 2004, Kuan Yew memegang jawatan sebagai penasihat atau
Menteri Mentor dalam kerajaan yang dipimpin anaknya, Perdana Menteri
sekarang Lee Hsien Loong.
Mendiang merupakan lulusan Undang-undang Ijazah Kelas Pertama Kepujian daripada Universiti Cambridge dalam tahun 1949.
Sepanjang memegang jawatan perdana menteri, menteri kanan dan
penasihat lebih daripada 50 tahun, Kuan Yew merupakan antara tokoh
politik paling berpengaruh di Asia.
Kuan Yew mengumumkan persaraannya daripada jawatan kabinet pada 14
Mei 2011 selepas pilihan raya umum tahun itu tetapi kekal sebagai
anggota Parlimen.
Menurut PMO, Perdana Menteri Lee Hsien Loong, anak mendiang Lee Kuan Yew amat berdukacita.
Ia memetik Hsien Loong sebagai berkata prosiding pengebumian dan
urusan tempat untuk orang ramai memberikan penghormatan terakhir akan
diumumkan kemudian. – BERNAMA