ALOR SETAR - Sebuah kedai serbaneka 24 jam disamun dua lelaki yang
memakai topi keledar dengan bersenjatakan kapak dan besi di Jitra,
Kubang Pasu, pagi semalam.
Kejadian berlaku kira-kira jam 6.06 pagi itu menyebabkan pemilik premis terbabit kerugian RM70.
Ketua Polis Kedah, Datuk Zamri Yahya berkata, dalam kejadian itu, dua suspek masuk ke kedai berkenaan tanpa membuka topi keledar mengarahkan seorang jurujual perempuan menyerahkan wang.
“Pada masa itu jurujual berkenaan hanya berseorangan di bahagian mesin wang. Kedua suspek bertutur menggunakan bahasa Melayu loghat Kedah.
“Mereka sempat menyamun wang lebih kurang RM70 sebelum meninggalkan tempat kejadian," katanya. - Sinar Harian