Er Teck Hwa |
KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Pembangkang, Er Teck Hwa (DAP-Bakri) memohon
maaf kepada Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan
Masyarakat, Datin Paduka Chew Mei Fun kerana mengaitkan beliau dengan
satu laporan dalam portal berita.
"Saya membuat kesilapan dengan menamakan Datin Paduka Chew Mei Fun dalam artikel tersebut. Saya memohon maaf dan berharap beliau akan menerima permohonan maaf saya.
"Apabila saya membuat kesilapan, saya akan mengakuinya," katanya kepada pemberita di luar lobi Parlimen. Khamis.
Artikel yang tersebut mempersoalkan Mei Fun, yang juga Naib Presiden MCA menyokong satu kenyataan sensitif yang didakwa bersifat perkauman. -mStar